Friday, September 28, 2007

Pluralisme Agama : Perspektif Qur'ani oleh Dato' Dr.Siddiq Fadhil

Pluralisme (agama) dalam konteks pembicaraan ini merujuk faham menyamakan semua agama dalam arti
a. Kebenaran ada dalam semua agama, dan
b. Keselamatan boleh dicapai menerusi mana-mana agama.

Pluralisme dalam pengertian ini harus dibezakan daripada toleransi antara agama dalam sebuah masyarakat majmuk. Selain itu ia juga harus dibezakan daripada sinkritisme yang selalu diertikan sebagai faham campur-aduk pelbagai agama.

Faham yang disebut juga dengan istilah transcendent unity of religions ini dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Rene Guenon, Titus Burckhardt, Fritjhof Schuon, Martin Ling, Seyyed Hossein Nasr dan lain-lain lagi. Kebelakangan ini faham pluralis tersebut tampaknya mulai di disambut dan dianut oleh kelompok tertentu di rantau ini khususnya mereka yang tergabung dalam warga PARAMADINA di Indonesia.

Usaha pemasarannya ketika ini dikaitkan dengan era globalisasi dengan segala dampak bawaannya, termasuk fenomena “plural” yang secara konsekuansial menuntut sikap terbuka, toleran, akomodatif dan inklusif. Dalam situasi sekarang, menurut mereka, sikap tertutup dan eksklusif sudah tidak relevan lagi. Dengan semangat zaman yang sedemikian itulah mereka tampil sebagai kaum pluralis-inklusif.

Pembentukan sikap dan pola fikir model (pluralis-inklusif) tersebut tampaknya lebih didorong oleh keinginan untuk menyenangkan kuasa besar dunia (khususnya Amerika) yang saat ini sedang menggila memburu mereka yang mereka labelkan sebagai kaum fanatik, fundamentalis, ekstrimis dan teroris Muslim. Seperti yang telah lama kita sedari bahawa dalam situasi sekarang ini memang ada usaha menggubah “Islam” versi Amerika atau “Islam” yang direstui Amerika, iaitu Islam yang hilang keunggulannya, jati dirinya dan dinamika daya juangnya.

Kaum pluralis begitu resah dengan citra Islam yang unik dan berbeza daripada yang lain-lain. Perbezaan mereka dirasakan sebagai pertentangan, konflik dan konfrontasi.Kerana itu mereka amat tidak senang dengan hal-hal yang tampak kontras: hak-batil, Mukmin-kafir, Muslim-non-Muslim, dosa-pahala, syurga-neraka dan seumpamanya. Dalam perspektif pluralis-inklusif tidak ada lagi perbezaan-perbezaan seperti itu. Dengan menyamakan semua agama bererti semua agama adalah benar, penganut agama mana pun adalah muslim dan semuanya boleh masuk syurga. Yang berbeza hanya jalannya, tetapi yang dituju adalah sama, iaitu Tuhan, dan semuanya (melalui jalan mana pun) akan sampai ke matlamat.

Pluralisme dalam pengertian di atas dikatakan telah menjadi semacam `aqidah. Di kalangan kaum pluralis sendiri memang telah ada yang mengatakan demikian. `Aqidah pluralis-inklusif yang secara konsekuensial menghasilkan pula fiqh pluralis (lihat buku Fiqh Lintas Agama) yang dibezakan daripada `aqidah eksklusif dengan fiqh eksklusifnya pula.

Untuk mengesahkan faham pluralisme tersebut para pendukungnya merujuk al-Qur’an dan membuat tafsiran-tafsiran “sekena-kenanya” yang sejalan dengan pola fikir pluralis. Antara ayat-ayat yang dirujuk termasuklah:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal"(Al-Hujurat:13) "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui."

(Al-Rum:22)Ayat tentang perbezaan-perbezaan tersebut dipersepsikan sebagai dasar pluralisme. Perbezaan adalah suatu kenyataan yang positif dan harus disikapi secara positif -- saling mengenal dan saling menghargai.

"Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Thaghut, ialah syaitan dan apa saja yang disembah selain dari Allah s.w.t."

Al-Baqarah:256)Ayat tersebut dipakai untuk menjustifikasikan pluralisme dengan memberinya pengertian bahawa tidak ada paksaan dalam memilih satu agama. Pengertian seperti itu membawa implikasi bahawa manusia boleh memilih mana-mana agama kerana pada hakikatnya semuanya sama.

"Sesungguhnya orang-orang mu'min, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin , siapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah , hari kemudian dan beramal saleh , mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran kepada mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Shabiin ialah orang-orang yang mengikuti syari'at Nabi-nabi zaman dahulu atau orang-orang yang menyembah bintang atau dewa-dewa. Orang-orang mu'min begitu pula orang Yahudi, Nasrani dan Shabiin yang beriman kepada Allah termasuk iman kepada Muhammad s.a.w., percaya kepada hari akhirat dan mengerjakan amalan yang saleh, mereka mendapat pahala dari Allah. Ialah perbuatan yang baik yang diperintahkan oleh agama Islam, baik yang berhubungan dengan agama atau tidak. "(Al-Baqarah:62)

Ayat di atas merupakan sandaran utama kaum pluralis untuk menjustifikasikan pendirian inklusif bahawa semua agama -- asal menyerah kepada Tuhan -- adalah benar dan dapat mencapai keselamatan abadi. Ternyata mereka memahami ayat tersebut secara harfi, terlepas dari kaitannya dengan zaman keabsahan agama-agama berkenaan, dan terlepas dari syarat menganut Islam (setelah pengutusan Muhammad s.`a.w.) sebagaimana yang biasa ditafsirkan oleh para ulama mukta

Untuk membuktikan keabsahan fahamnya kaum pluralis harus mampu melaksanakan suatu projek besar: mendobrak dan membongkar konsep-konsep dasar yang telah mapan dan mantap termasuk konsep Islam dan konsep Ahl al-Kitab. Tampaknya mereka mengeksploitasi dengan leluasa sekali pendekatan deconstruction (pembongkaran) tajaan kaum pascamodenis untuk mempersoalkan pemikiran dan faham yang telah mapan.

Konsep Islam di tangan kaum pluralis telah mengalami pelonggaran makna sehingga meliputi siapa sahaja asalkan menganut agama “Islam” dalam erti agama yang tunduk dan menyerah kepada Tuhan. Tentang bagaimana cara tunduk dan menyerahnya tidak menjadi persoalan. Dengan demikian “Islam” menjadi begitu inklusif setelah dilonggarkan menjadi sekadar kata kerja dan kata terbitan yang bermakna tunduk dan menyerah.

Al-Islam sebenarnya bukan sekadar nama terbitan dari kata kerja aslama dengan makna tunduk dan menyerah, tetapi ia adalah nama agama yang diturunkan Allah kepada Rasul terakhirnya Muhammad (s.`a.w.). Al-Islam dalam pengertian inilah yang mengandungi cara tunduk dan menyerah sebagaimana yang diperkenan dan diredhai oleh Allah (s.w.t.). Hanya -- Al-Islam: `aqidah dan syari `at Muhammadiyah -- itulah satu-satunya cara tunduk dan menyerah yang sah dan diterima Allah. Demikianlah makna al-Islam apabila ia disebut dalam al-Qur’an. Ahl al-Kitab memang telah ditentukan pola hubungan khususnya dengan Islam: makanan mereka halal dan wanita-wanita mereka boleh dinikahi oleh orang Islam. Sesuai dengan orientasi inklusifnya, kaum pluralis telah mengeksploitasi tafsiran-tafsiran longgar tentang ahl al-Kitab yang tidak lagi terbatas pada kaum Yahudi dan Nasrani, tetapi meliputi penganut-penganut agama lain seperti Buddha, Shinto, Konghuchu dan lain-lain lagi. Selain itu ahl al-kitab yang umumnya dipersepsikan sebagai pelaku kesalahan serius - tahrif al-kalim (merubah kalimat-kalimat Allah), bagi kaum pluralis, apa yang mereka lakukan (bukanlah kesalahan yang sangat serius) samalah dengan pelaku-pelaku amalan bid`ah dalam Islam. Ahl al-Kitab juga dianggap melakukan perbuatan shirk atas alasan bahawa al-Qur’an merujuk mereka dengan istilah ahl al-kitab dan bukannya al-mushrikin. Demikianlah antara modifikasi yang dilakukan oleh kaum pluralis terhadap konsep ahl al-kitab untuk menjadikannya lebih longgar dan inklusif meliputi golongan yang lebih ramai lagi.

Menghormati hak-hak Ahl al-Kitab memang menjadi kewajipan setiap Muslim, tetapi Islam tidak menyuruh kita menutup-nutupi kesalahan dan kebatilan yang dilakukan oleh Ahl al-Kitab. Niat baik untuk membina hubungan mesra dengan kaum Ahl al-Kitab, bukan alasan untuk membela dan mempertahankan kesalahan-kesalahan mereka.

Qur’an dan Ahl al-Kitab
Pemerian tentang Ahl al-Kitab memang cukup banyak dalam al-Qur’an. Dengan sedikit kekecualian (sebagai bukti objektifnya al-Qur’an) Ahl al-Kitab umumnya bercitra negatif. Sekadar contoh hakikat tersebut dapat dilihat dalam surah al-Tawbah (29-31). Ayat 29 memerintahkan agar mereka diperangi sehingga mereka membayar jizyah “dengan keadaan taat dan merendah diri”. Ayat 30 menyebut kaum Yahudi mengatakan `Uzayr anak Allah, sementara orang Nasrani pula mengatakan al-Masih anak Allah. Ayat 31 menyebut mereka menjadikan pendita-pendita, ahli-ahli agama dan juga al-Masih ibn Maryam sebagai tuhan. Ayat tersebut berhujung dengan pernyataan, “maha suci Allah dari apa yang mereka sekutukan”. Dalam ayat-ayat lain mereka yang beri`tiqad seperti itu dinyatakan dengan tegas sebagai kafir (laqad kafara…). Demikianlah sebagaimana yang disebut dalam surah al-Ma’idah ayat 72-73. Ayat 72 menyebut kafirnya mereka yang mengatakan bahawa “Allah ialah al-Masih ibn Maryam”. Ayat 73 pula menyebut kafirnya mereka yang mengatakan bahawa “Allah ialah salah satu daripada tiga Tuhan” (thalithu thalathah).

Al-Qur’an menyebut Ahl al-Kitab sebagai orang yang kafir sesudah beriman (kafaru ba`da imanihim) akibat menganut agama yang bukan lagi agama Allah (al-Islam), menolak kerasulan Muhammad s.`a.w. walhal sebelumnya mereka telah menyaksikannya sebagai benar. Demikianlah pemerian tentang mereka dalah surah Ali `Imran: 86.

Keliruan Pluralisme Agama
• Anggapan bahawa manusia dapat sampai kepada Tuhan yang sama lewat jalan-jalan (agama-agama) yang berlainan adalah bertentangan dengan penegasan al-Qur’an tentang jalan Allah yang satu-satunya, jalan lurus (agama Islam) yang haris diikuti, bukan jalan-jalan lain yang menyimpang seperti yang dinyatakan dalam ayat 153 surah al-An`am.

• Andainya agama-agama lain juga benar dan dapat membawa umat masing-masing mencapai keselamatan hakiki dan abadi, lalu apa perlunya Allah mengutus Muhammad s.`a.w. sebagai Rasul terakhir?

• Andainya semua agama sama, semuanya benar, lalu apa ertinya pernyataan Tuhan bahawa “Bahawa Dialah yang mengutus Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (al-Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikan atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya” sebagaimana yang disebut dalam surah al-Tawbah:33.

• Andainya semua agama benar, lalu apa ertinya kewajipan mendakwah atau mengislamkan orang yang belum/tidak menganut Islam?

• Kemajmuan (agama) bukan fenomena baru. Ia telahpun wujud seawal zaman Nabi s.`a.w. dan sejak itu pula telah diletakkan asas formula menanganinya seperti yang terumus pada ungkapan Qur’ani lakum dinukum wa liya din (kamu dengan agama kamu, aku dengan agamaku) tanpa saling menyembah tuhan masing-masing, tanpa saling mengakui kebenaran agama masing-masing.

Siddiq Fadzil
Akademi Kajian Ketamadunan/
Kolej Dar al-Hikmah

Wednesday, September 26, 2007

Mengapa Galileo di Hukum

GALILEO Galilei adalah nama yang tegak menjulang dalam sejarah ilmu pengetahuan. Albert Einstein menyebutnya sebagai Bapak Fisika Modern, bahkan Sains Modern, sebagaimana yang kita kenal sekarang.Begitu menjulang nama ini sehingga sejak 18 Oktober 1989 ia melambung melewati atmosfer Bumi dan masuk ke keluasan antariksa, menjadi nama yang setingkat dengan dewa-dewa Yunani purba yang menguasai kosmos: nama Galileo menempel pada pesawat angkasa luar milik NASA yang menjadi penyelidik langsung Planet Yupiter dan satelit-satelitnya.

==Sampai pada persimpangan abad ke-16 dan ke-17, para pemikir tumbuh dan terdidik dalam pemikiran Aristotelian, yang dengan tegas membagi ranah langit dan bumi, ranah surgawi dan duniawi, perfeksi dan korupsi, Kenaikan dan Kejatuhan. Dalam faham fisika Aristoteles, benda-benda selalu bergerak menuju tempat mereka yang alami. Batu jatuh karena tempat alami benda-benda yang berbobot adalah pada pusat alam semesta, dan itu pula sebabnya maka Bumi yang berat ini ada di tempatnya, yakni di pusat alam semesta itu. Menerima sistem Kopernikan bukan saja berarti menampik fisika Aristoteles dan membuang sistem geosentris Ptolomeus. Itu juga berarti membantah kitab suci yang dengan tegas menyebutkan bahwa bumi dipasak di tempatnya. Oh, Tuhanku, Kau-lah yang Maha Besar… Kau pancangkan bumi pada fondasinya, tiada bergerak untuk selamanya (Mazmur 103:1,5).

Tiga tahun setelah Galileo menulis suratnya yang bertanggal 4 April 1597 itu, Giordano Bruno, seorang pastor Ordo Dominikan, dibakar hidup hidup di Roma antara lain karena bersikeras meyakini bahwa Bumi bergerak mengitari Matahari, bukan diam di tempatnya sebagai pusat semesta, dan bahwa ada banyak planet seperti Bumi ini yang bertebaran di alam semesta. Masing-masing pandangan itu ia sampaikan dalam dua buku, Cena de le Ceneri ("The Ash Wednesday Supper") dan De l’Infinito, Universo e Mondi ("On the Infinite Universe and Worlds"), keduanya terbit pada 1584.[/b]Penyucian Bruno di atas api unggun yang mengerikan itu, kalaupun punya pengaruh pada Galileo, menjadi aus dalam kikisan waktu.

Pada tahun 1616 ia menulis untuk Kardinal Alessadro Orsini tentang gerak pasang surut pantai yang ia anggap akan membuktikan pergerakan Bumi dan posisi sentral Matahari. Risalah itu membuat Galileo mendapat teguran. Setelah merasa menemukan sejumlah bukti dan teori pendukung yang lebih kokoh, pada tahun 1632 Galileo menerbitkan sebuah buku berjudul Dialogo sopra i due Massimi Sistemi del Mondo ("Dialogue Concerning the Two Chief Systems of the World-Ptolemaic and Copernican").

Buku yang juga bisa disebut novel ide dengan struktur formal yang sangat sederhana itu menghadirkan percakapan antara Salviati yang membela kosmologi Kopernikan dan Simplicio-seorang filsuf Aristotelian yang mengusung kosmologi Ptolemeian. Klimaks dialog ini adalah pemaparan Salviati bahwa Bumi bergerak mengitari Matahari. Pemaparan itu didasarkan teori gerak pasang surut yang sudah ditata Galileo sejak usia 30.TEORI pasang surut yang dikira Galileo akan menjadi penopang paling kokoh dari sistem Heliosentrisme adalah teori yang mengidap sejumlah kesalahan. Penjelasan yang kelak terbukti benar tentang peristiwa pasang surut ini sebenarnya telah diajukan oleh Kepler pada tahun 1609. Artinya, Dinas Suci Gereja Katolik sesungguhnya punya peluang lebar menyanggah Galileo dengan mengguncang teori pasang surut yang diajukan sendiri oleh penulis Dialog itu. Tetapi, yang dilakukan oleh Dinas Suci yang ngotot dengan makna literal Injil itu bukanlah dengan tekun dan tabah menggunakan kejernihan nalar, tetapi langsung melompat memakai klaim kekuatan otoritas suci yang tak boleh dibantah.

Niat baik Dinas Suci untuk melindungi iman umat, seperti halnya banyak sekali niat baik dalam sejarah yang dengan tulus hendak membela kepentingan banyak manusia, telah mendorong gereja melakukan kesalahan yang patut disesalkan. Kesalahan yang berusia ratusan tahun itu memang ditebus kembali oleh Gereja Katolik pada tahun 1992 ketika lembaga besar ini berada di bawah pimpinan salah seorang paus yang paling bijak dalam sejarah, Paus Johanes Paulus II.Yang jelas, sejarah mencatat bahwa pada hari Rabu 22 Juni 1633, vonis terhadap Galileo dijatuhkan Dinas Suci di depan khalayak umum. Galileo dihukum sebagai penjahat.

Ilmuwan besar ini dipaksa mengaku pikirannya salah dan lemah, yakni pikiran tentang sistem Kopernikan, yang sesungguhnya benar itu, dan tentu saja bukan pikiran tentang teori pasang surut yang hendak membuktikan peredaran Bumi mengitari Matahari, yang kelak terbukti salah itu.Keputusan Dinas Suci yang dibacakan dengan hikmat dan khusyuk itu, yang dihadirkan Dava Sobel di buku Galileo’s Daughter, antara lain menandaskan:Dan Anda telah mengakui pula, dimana Anda menyerahkan diri Anda kepada penghakiman Dinas Suci ini atas dakwaan pembangkangan, yaitu Anda telah memegang dan meyakini doktrin yang salah dan bertentangan dengan Kitab Suci dan Kitab Tuhan, yaitu doktrin mengenai Matahari sebagai pusat dunia dan tidak bergerak dari timur ke barat dan bahwa Bumi bergerak serta bukan pusat dunia. Dan Anda tetap memegang dan mempertahankan pendapat itu setelah dinyatakan dan ditegaskan bertentangan dengan Kitab Suci. Sebagai akibatnya, Anda menerima semua celaan dan hukuman yang dijatuhkan dan diumumkan secara resmi oleh Kanon Suci serta semua hukum umum dan istimewa untuk melawan para pelanggar seperti Anda. Kami bersedia membebaskan Anda dari semua ini jika dengan hati yang tulus dan Iman yang tidak dibuat-buat, dalam kehadiran kami, Anda bersungguh-sungguh meninggalkan, mengutuk, dan membenci kesalahan-kesalahan serta bid’ah-bid’ah yang bertentangan dengan Katolik dan Gereja tersebut dengan cara dan bentuk yang kami tentukan.Selanjutnya, pelanggaran dan kesalahan Anda yang memilukan dan merusak ini tidak akan berlalu begitu saja tanpa hukuman, sehingga Anda akan lebih berhati-hati di masa datang, dan menjadi contoh bagi yang lainnya agar menjauhkan diri dari pelanggaran semacam ini. Kami perintahkan supaya buku Dialog oleh Galileo Galilei dilarang lewat keputusan umum.Tidak semua pejabat penting Gereja Katolik setuju dengan hukuman dan penistaan yang ditimpakan kepada Galileo. Meskipun demikian, seperti ditunjukkan oleh Sobel, penghinaan dan penistaan resmi terhadap Galileo itu kemudian menyebar keluar dari Roma secepat kuda membawa berita itu.

Dengan diantar genderang dan perintah Paus, isi dari hukuman terhadap Galileo yang memalukan itu diposkan dan dibacakan lantang oleh para inkuisitor di seantero Italia, sampai ke Perancis, Flander, dan Swiss. Hal itu tentu dimaksudkan sebagai pelajaran bagi profesor filsafat dan matematika mana pun atas akibat dari perkara Galileo.KENDATI dihinakan dan meninggal sebagai tahanan rumah, pembelaan atas Galileo terus tumbuh. Pembelaan terakhir adalah buku Dava Sobel -buku yang dalam satu hal bisa juga disebut sebagai sebuah dialog: dialog antara dua anak haram. Anak haram yang pertama adalah sains modern yang lahir dari pemikiran religius akan keberadaan pencipta dan aspek linier ruang dan waktu, yang oleh Galileo dikawinkan dengan eksperimen dan observasi, khususnya observasi benda-benda langit yang bercahaya. Anak haram ini dipersonifikasikan dengan baik pada diri Galileo.

===Dikutip dan diadaptasi dari : Pengantar Edisi Indonesia Buku Dava Sobel, "Galileo’s Daughter". a new book published in October 1999 by Walker & Co. Dava Sobel is an award-winning writer and former New York Times science reporter who has contributed articles to Audubon, Discover, Life and The New Yorker. She has also been a contributing editor to Harvard Magazine, writing about scientific research and the history of science.

quoted from: http://silmykaffah.blogspot.com